menjadi seorang ketua ad banyak cabaran, dengan ad cabaran itulah dapat mematangkan dan menajamkan fikiran, sentiasa mengingati kematian dan Allah SWT adalah solusi kepada segala masalah Insyaa allah! yakinlah bahawa ap yg terjadi itu adalah kehendakNya..
"carilah musuh yang boleh dibuat kawan bukannya mencari kawan untuk dibuat musuh"
blog ini hanyalah sebagai perkongsian cerita dan ilmu yg diselitkan didalamnya untuk dijadikan bahan rujukan kepada tatapan umum. Setiap cerita ad kaitan dengan kehidupan admin blog ini.
P/s : Terciptanya Suatu Kejayaan Itu Adalah Dari Kesilapan Yang Lalu

Thursday, 21 August 2014

Ciri-Ciri Sahabat Sejati

Assalamualaikum dan selamat petang semua, so here aq nak sembang pasai sahabat, siapakah sahabat kita?Sahabat adalah mereka yg sentiasa berada disisi kita x kiralah sama ada susah ataupun senang, mereka yg selalu mendoakan kesejahteraan kita dan mereka yg selalu prihatin dengan kita. siapakah rakan kita? Rakan pula ialah golongan atau kelompok yg dapat memenuhi desire kita hanya skop di dunia sahaja,.. jom tonton video di bawah dan fahami,..

p/s: Video ni aq ambik dari YT (YouTube) thanks kepada yg menjayakan video ni dan mntak maaf sebab x mntak kebenaran nak copy video awak hikhik




jadi apakah yg anda rasa dan apakah ulasan yg anda ingin luahkan berdasarkan video tersebut? just leave your comment below...mngkin kita boleh berkongsi,..

hidup ni sementara ja oleh itu carilah sahabat yg sejati yg banyak beribadah kepada allah swt, saling tegur menegur antara satu sama lain insyaa allah ~


Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” (Riwayat Abu Daud)

wallahualam,..

Note : Komen murni2 ja k!! huahua 

Wednesday, 20 August 2014

Faktor Sukarnya Mendapat Bantuan

Assalamualaikum, rasanya dah dekat 4 bulan x meng-update blog ni (T.T) sibuk memanjang, hahah tp harini alhamdulillah d beri kesempatan untuk "share-share" maklumat,.. Hidup bermasyarakat ni memang x dinafikan amat sukar rasanya tambah2 lg bg orang yg jenih atau kurang ber-sosial macam aq (__") but before move forward to the main topic aq nak mngucapkan "Salam ramadhan al mubarak 1435H and Salam Aidilfitri (24Syawal1435H) dan salam maghrib 20/8" hahaha panjangnya :p,.. sorry la awak! ok saya janji nnt akan kerap meng-update blog ni,.. ermmm,.. Generally hidup sebagai siswa banyak dugaan tp kena belajar dari pengalaman tu sangat penting "kna banyak bersabar" opsss bukan siswa ja pelajar sekolah dan society d luar sana pon k,..kahkah ok ok lets go to the main topic,..

antara punca-punca sukarnya atau susahnya nak dapat bantuan dr Allah SWT

::p/s: ni yg aq nak senaraikan ni bukan dari mulut aq atau minda aq k tp dari lecturer kat tempat aq blajaq ni haaaa::

Ok jom baca dan perhatikan diri kita ad x ciri-ciri yg trsenarai seperti di bawah?

Personal Fable : x ambik peduli kpd orang sekeliling kita haaa! yg ni biadap namanya hahaha hahaha ambik kau aq x suka klu spesis yg cam ni ad dlm komuniti pelajar kat tempat aq dok skarang grrr sibbaik semua baik2 -baikLaSngat-

By Stander Effect : yg ni nak sama ngan atas tp dia jenih pikiaq "ala nanti mesti ad orang tolong si fulan tu" tp hakikatnya orang lain un berfikiran cm dia maka si fulan tu trpinga-pinga "ap dia?" -noobNakMampoih-
klu ad manusia jenih cam ni mohon tarbiah palupalu kahkah biar dia tahu siapa dia yg sebenar tuhan ka hamba d dunia tuitui

Step from the bottom one by one : bermula suatu benda dengan langkah demi langkah bukannya hang lompat extremely dr bawah ke puncak pala otak! ni jenih orang yg x dak jati diri dan kita sebagai kawan atau dari komuniti yg plbagai latar suluh sikit bg pencerahan kat dia langit tu tinggi ka rendah :p

Hasanah aka Ihsan dengan Allah : beringat lah kita yg hidup ni bertujuan kerana allah hidup ka mati ka kita hanya allah yg berhak keatasnya jngan la kita dok pikiaq "aq buat ni saja ja nak bg orang dengki" k yg ni mohon kata kat dia "hang tau x cara gali kuboq sndiri masa trpisahnya roh n jasad ng?" kompem dia diam membisu kahkah

Sasaran yg satu : berfikiran matang dalam makna kata lain fokus pada yg kita nak buat jangan la pulak kita serabut bagai nak rak yg tu nak buat yg ni nak buat last2 habuk pon tarak ad meh. habit cam ni prlu dielakkan supaya dapat keberkatan untuk settle suatu masalah dengan perfect!

akhir sekali yg tuja aq nak g tau pun, hopefully dapat beri manfaat sebelum nak tutup perkongsian ilmu ni aq just nk share ngan hampa bahawasanya dengan wujudnya dalam diri akan sikap prihatin dan memberi bantuan kpd orang lain adalah salah satu sifat terpuji yg disukai allah swt, akhlak yg mulia ni should be praktik dlm kehidupan nyata ok? kerana ap? sebab kondisi masyarakat yg pelbagai watak ad yg jenih noob ad yg lambat pick-up dan ad yg cepat tangkap suatu solution dlm hidup bermasyarakat... 

"Maka berlumba-lumbalah ( dalam membuat ) kebaikan" [alBaqarah, 2:148]

wallahualamubissowab,..


Doa Memohon Kejayaan Cemerlang (Bahasa Melayu)

ertinya : 
           "ya allah, kami memohon daripadaMu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para                            syuhada'  kehidupan mereka yg bahagia serta kemenangan ke atas musuh."




p/s : perkongsian yg di beri kat atas semua tu actually gabungan dari lecturer, fahaman pelajar lain (termasuk aq sndiri) dan classmate hahaha harap hampa paham dan dpat berikan komen yg membina bukan menjatuhkan aq k bye,..

Sunday, 13 April 2014

Erti Kematangan Dalam Teguran

Kali ini aku dapat pngajaran yg amat besar iaitu berfikir dahulu sblom menegur seseorng dan mempelajari cara2 yang betul bagaimana nak menegur seseorang itu dngan cara yg baik melalui laman sosial, aku ingatkan semua orng jenis dapat mnerima teguran melalui app sosial tp erm,..nasib badan kna bash alasan yg aq terima jngan tegur dr belakang nak tegur depan-depan,..ok kat sini aq sedar memng salah aku tp aq x mention sapa2 aq just kata sapa yg terasa tu ambik,.dalam makna kata lain aduan aq itu adalah berbentuk umum bukannya spesifikkan kepada mereka,.. 

sedih hati ini, xpa aq kna bersabar walaupun aku tau kritikan itu sngat berat untuk dipikul bahkan aku akan menganggap ia sebagai pengajaran kepada aku “jngan melebih2 dalam soal aduan” be mature! Erm,..agak susah kan Nak memahami seseorng?,..tambahan pula masa tu dia sdang mnghadapi krisis masalah,..ya allah! Kau ampunkanlah dosaku,..aku x terniat pon dalam hati untuk melukakan hati depa,..erm,..nasi dah jadi bubur padan ngan muka aq terpaksa menebal muka dngan roommates yg lain,..nah ambik taik setempek! (Y.Y) x pa aku redho dan skarang ni aku nak cari masa yg sesuai untuk bersemuka balik dngan dia, actually aq dah jumpa xp dia dlm mood x baik so dia halau aq erm mntak maaf la aku trpaksa luahkan biarlah aq sorang yang tau janji aku jga nama hang dalam makna kata lain aq x kan bocorkan siapakah hang,..sejujurnya aku x mau d sebabkan kekhilafan aku ni dapat mncetuskan suasana yg muram dalam bilik ni, ya aku akui mmng trdetik dalam hati ni nak tegur pasal masalah yg aku hadapi tp aku jnis suka pendam dan x mau crita dngan orng lain melainkan aku terpaksa atas desakan diri, tp x bermakna aku memalukan hampa iaitu dalam bentuk ok sapa pelaku tu dan dimana bilik dia, TidAK! Aku x kan buat cam tu!
Di akui bebudak bilik aku ni x semua yg tau perangai sebenaq aq klu aq nak g tau hahah, memng x la, sbab aku ni jenih x suka tegoq depan2 kadang2 aku perlukan penyampai dari seseorang untuk menegur seseorang, melainkan kalu rapat tu lain crita, mmng aku akan tegoq dia cara kami berseloroh la,..erm,..sorry guys,..aku harap hampa maafkan aku sebelum nafas aku yg terakhir,..akhirulkalam, jangan dipendam kesalahan aku kat hampa biar aku yg rasa janji aku dah jadi x segan nak komunikasi ngan hampa, maaf aku perlukan masa nak jumpa orng yang mengherdik aku atau menyindir aku atau x maafkan aku dalam suatu jangka masa yg agak panjang dan kekadang aq hnya beri senyuman dan aku maafkan sebab bagi aku x guna marah atau pendam perasaan lama2,..



Cam mna aku buat? Aku akan buat teguran berbentuk umum biar semua yg prnah buat itu dapat bermuhasabah diri termasuk aku! Aku x kata yg aku ni sempurna tp sebagai saudara amnya dan khasnya rakan sebilik aku nak jugak jaga nama baik kita semua! Aku mntak maaf,..maaf sngat2 klu hampa terguris, mngkin dah nasib hampa dapat rakan sebilik cam aq, aku tau aku ad bnyak masalah! Sbnarnya aku ad masalah kemurungan tolonglah, bagi aku ketenangan, klu nak d panjangkan cerita mmng ada dua tiga orng x puas hati ngan bilik kita tp untuk mngelakkan buruk sngka aku pendam!aku diam!aku kunci mulut aku! Agar kita semua tidak saling bermusuhan,. Aku mintak maaf kat semua orang andai ad salah dan silap,..aku tau hang baik, aku tau hang peramah, tapi tolonglah satu ja aku nak bagi tau kat hang “aku mintak maaf” aku harap kita berdamai, 



*p/s: hopefully nobody carrying about me anymore setelah aku buat kesilapan “IF”! klu hampa tegoq aku, mngkin aku akan trbuka hati untuk teruskan hidup dngan hampa 

Wednesday, 2 April 2014

Rona Kehidupan




Krisis identiti adalah suatu proses kematangan diri. Kadang mereka yang kononnya mahu bawa mesej kebaikan tetapi masih berada dalam kejahatan. Yang ingin jadi putih dihadapan, sedang isi dalam masih Hitam menjadinya kelabu tahi anjing. Mungkin mereka yang baik tidak kembali menoleh ke belakang bgi kembali ke perbuatan jahiliyyah.

Krisis identiti adalah proses mengangkat martabat diri. Daripada hipokrit kepada Muslim sejati. Krisis identiti adalah ujian untuk kita kembali kepada basic (asas) kita. Kalau soal agama, kembali pada apa itu aqidah, soal niat, tuntutan soal berjemaah, Quran, tahajud Setelah pemikiran terlalu melangit tinggi.

Lalui krisis identiti dengan perbanyakkan persoalan yang akhirnya kembali kepada soal ketuhanan. Sentiasa ingat setelah berjaya harungi semua ini, anda akan terus berada di puncak prestasi. Moga kembali bertemu jalan kembali padaNya. Jangan risau anda bukan munafik. Rahmat Allah itu sangat luas. 

*kopipasta dari kenalan FB*


_semoga allah memberkatinya diatas perkongsian ilmunya yg murah hati_

_______________________________________________________________________________

2/4 (2225)
bismillahirrahmanirrahim_
deep words insyaa allah can make me to change better
setelah sekian lama tidak dapat bersua dengan keluarga tersayang akhirnya terdetik d hati untuk membuka wechat dengan harapan dapt mluahkan perasaan aka masalah yg mmbelengu diri ini *studies problems dlm kampus. abah telah menunjukkan keprihatinannya dengan memberi kata-kata semangat kpada aku ya allah terharunya *jngan ingat lelaki un x ad perasaan k! begini aytnya yang telah dikirim kpd aku mlalui wechat

 "Jangan mengaku tewas dan teruskan perjuangan dan jihad terhadap pembelajaran" 

itulah kata-kata yg dikirim kepada aku,. *hanya aq yg tau ap yg d maksudkan oleh abah >deep< next abah menambah lagi

 "takpa banyak (buat) research dan study dan jangn tangguh-tangguh untuk belajar"

. itulah ungkapan terakhirnya bagi penutup perbualan kami,.. yaa allah terima kasih diatas anugerah kepada aku yg lahir dalam keluarga yg harmoni dan memahami masalah masing-masing dalam makna kata lain saling support dr belakang *alhamdulillah dapt kluarga yg berlatar belakang "alim" istilah ini tlah d kluarkan oleh aku disebabkan aku terlalu menyayangi mereka walaupun bnyak menerima leteran dan d marahi,..tapi bagi aku semua itu adalah demi kebaikan diri aku sendiri! aku harus terus berusaha dan jngan berputus asa,.. >paling tidak un repeat paper *tp x mau la sbb ad bnyak risiko< dear my beloved parents insyaa allah i'll make you proud someday!! allahumma aminn,.. 

*ini bukan rekaan tp realiti kalu x mau percaya hah ambik buktinya ^^


*sejujurnya dr skolah menengah lg aq memng x berminat dngan sub yg berbentuk fakta trutamanya yg berkaitan dengan ekonomi dalm pasaran (sama x dua2 tu?) haha teruk betulla aku,..sebab ap? nak tau? sebab slalunya soalan yg dituju ad plbagai jawapan yg hampir sama dlm makna kata lain kna "critical thinking" dlam mnyelesaikan soalan ermm,..ini bukan minat aku tau!! aku klu bab cam ni (critical thinking) aq lebih suka dengn cari jalan penyelesaian bagi masalah kehidupan sejagat,.. nak tau ap yg aku maksudkan? hah contoh kenapa jari kita x sama panjang? knapa? hihi cm ni jawapan aq klu jari kita sama panjang macam mna kita nak makan?macam mana kita nak pegang suatu benda secara balance? jari yang berbeza panjang nya saling memerlukan antara satu sama lain untuk melicinkan sgala "urusan" *deep sama la mcam al quran yg mnjelaskan mengapa allah menciptakan manusia yg pelbagai rupa dan berbeza jantina? krana allah nak tunjukkan bertapa agungnya kekuasaannya yg dapat mnciptakan manusia yg pelbagai rupa agar manusia dapt mngenali antara satu sama yg lain manakala jantina yg berbeza allah nak tunjukkan yg manusia memrlukan pasangan untuk hidup dan mengenali erti kasih sayang yg sebenar yg diredhai allah,.. 

akhirul kalam, yg aku nk simpulkan disini hargailah keluarga dan parents masing-masing dan buatkanlah mereka bangga dengan kehadiran kita bukannya mengecewakan hati mereka dngn melakukan perkara-perkara terlarang aka negative aspects sebelum terlambat 

p/s : "ingatlah setiap nyawa itu pasti akan merasai kematian" petikan ini diambil dr dalam alquran (firman allah) #jomjadibaik #jomjadirajin #jomberubah insyaa allah dengan keredhaan allah kita akan berjaya menempuh dugaan/ujian dunia dan akhirat ^^


Thursday, 27 March 2014

Datangnya Hidayah kepadaKu

Bismillahirarahmanirrahim,..27/3/2014 

Jam lebih kurang pukul 2120 disaksikan makhluk2 allah d sekeliling aq. Hati ni rasa tersentap dan tertanya-tanya akan sesuatu mngenai seorng sahabat mngapa dia jarang pulang ke bilik perkongsian kami (13orng termasuk beliau) akhirnya semua sangkaan aku betul dngan masalah yg dia hadapi setelah dia datang mengambil sebahagian barangannya bagi urusan perpindahan semula ke bilik asalnya. Segalanya terungkai akan tetapi dapat memberi kesan kpd aku yg merupakan bekas pelajar sebuah sekolah agama dan paling tidak dapat dinafikan lagi berlatar belakangkan dari keluarga yg berpengaruh dan berpegang teguh kpd agama Allah walaupun kami ad kekurangan akan tetapi dngan kekurangan itulah dapat menjadikan keluarga kami lebih dekat dengan sang pencipta.


X nak dpanjangkan cerita aq brtnya kepadanya. Jawapan yg aq dapat drpadanya tlah dpt dibuktikan bahawa sangkaan aq itu kpadanya benar krana ap? Rakan sebilik bermasalah akan tetapi aq sembunyikan kekurangan mereka dngan mnceriakan diri aq, walaubagaimanapun relationship between allah mereka x kan terputus akan tetapi yg dpat d lihat dngan mata kasar ini ialah waktu yg dihabiskan mereka dngan membuat bising(memasng lagu2 yg dapat merosakkan minda dan hati melalui speaker dngan amat kuat),  kluar prkataan yg x patut diluahkan (cacian,makian), layanan yg d beri trlalu kasar(jawapan agak biadap dan kadang-kadang dapat mencetuskan kemarahan dalam hati ttapi d pndam), larangan agama ttap buat(hisap rokok,gambar2 artis x cukup kain), against budaya kehidupan aq yakni mereka cuba untuk mndekatkan diri mereka dngan prkara lagho (bnyak).semua ini amat brtentangan dngan kehidupan sebenar aq yg scara x langsung dapat mnghasut aq untuk mnjadi malas dan lagho!! ya aku x dapat nafikan prkara sbnar yg aku trpaksa lindungi agar mereka senang dngan aq, tidak dnafikan walaupun mereka kasar (dr prcakapan) tp kami tetap akrab selain x prnah mninggalkan solat. 


Kerana inilah mnyebabkan aku smakin jatuh hati dngan duniawi dan benarlah bahawa ujian d kampus amat kuat tambahan pula kpada plajar seperti aku :’( ya allah aq amat trsentuh hati dngan kawan ku yg mngadu itu krana aq tau dia datng dr skolah mnengah biasa (bukan skolah agama) melihatkan dia aku dapat membuat kesimpulan bahawa dia amat baik dan aku amat snjung dngan kepujiannya yg jarang berpisah dr mndirikan solat 5waktu scara brjemaah d masjid atau surau, amat aku rasa bertapa teruknya aq,  malunya aq untuk mngakui datang dari latar belakang keluarga dan berpendidikan agama!! tetapi tidak mngamalkan dngan cara yg betul !! ya aku kna brubah demi masa depan aku, dulu aku prnah brjnji dngan kawan, family dan wanita istimewa(dlm doaku) untuk saling membantu stelah aku brjaya pada masa hadapan dan dapat memberikan nafkah yg terbaik kpada zuriatku, 


oleh itu stelah aku mndengar keluhannya tadi tlah betul-betul menusuk kalbu hatiku dan amat berat bg aku untuk menerima betapa teruknya hubungan aku dangn allah dan sekarang barulah aku sedari bahawa aku jarang solat berjemaah, bnyak buang masa dngan gadget2, lagu2 dan lain2 lagi, ya allah kau tetapkanlah hatiku dan permudahkanlah bagiku menerima dan mengamalkan ilmumu dalm pelbagai bentuk dalam usaha memenuhi dan mengkotakan janjiku dan izinkanlah aq untuk berdakwah kpd sahabat2 terdekatku terutamanya rakan sebilikku dalm cara yang paling halus agar mereka tidak memfitnah aq dari belakang kerana aku tahu mereka juga hanyalah manusia seperti aku yang prlu d perbaiki dan menjadi lebih baik,

*kepada para pembaca d luar sana ingatlah nk mnjadi pndakwah itu bukannya senang krana akan banyak ujian dr allah kpada kita dan berfikiran positiflah kita kerana setiap ujian itu dapat mematangkan cara pemikiran kita dan yang paling penting hubungan kita dngan allah jngan disia-siakan dngan perkara yang dapat mncetuskan kemarahannya insyaa allah, allah akan membantu hambanya yg berusaha untuk berubah allahuakbar!!!

p/s=ini crita sebenar yg prlu aku luahkan demi kepentingan umat sejagat LoveCfsIium <3